Mar 1, 2014

UMNO BERSAMAKU

Aku dilahirkan 3 Mac 1964 di Kampung Bachang Melaka.
Keluargaku adalah penyokong kuat UMNO. Mereka semua berjuang demi survival anak cucu di hari muka.
Emak saudaraku Hjh Atekah merupakan orang yang membawa aku ke kancah politik.
Bermula dengan membawa aku ke majlis-majlis keraian UMNO baik di kampung mahupun di kampung-kampung lainnya.
Aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Politeknik Kuantan dan seterusnya menyambung pelajaran ke ITM Shah Alam sehinggalah aku tamat dengan jayanya.
Di kampung rakan-rakan sepermainanku mula mencari dan menawarkan aku agar berkecimpung dalam Persatuan Belia Suria Bachang dan aku dipilih menjawat jawatan Naib Pengerusi.
Aku seterusnya diminta pula oleh abang sepupuku agar menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bachang. Aku terima dengan seadanya kerana aku masih mentah tentang sepak terajang dalam politik.
Ketika itu emak saudaraku Hjh Atekah adalah Ketua Wanita UMNO Cawangan Bachang.
Aku terus mendapat kepercayaan di kampung kerana hidupku sentiasa berdamping di masjid dan menghadiri pelbagai majlis keraian di dalam kampung.
Aku mendapat didikan agama daripada abang pupuanku Allahyarham Bilal Hamid dan abang saudaraku Allahyarham Imam Hj Hassan.
Aku juga pernah belajar taranum dengan Allahyarham Tok Abdullah di sekitar Masjid Kampung Hulu.
Mungkin kerana aku berjaya dalam pelajaran dan sentiasa dekat dengan agama samada aku mampu azan,berzanji,menjadi imam,mengaji bertaranum di samping membuka tuisyen tanpa mengira bayaran mengajar pelajar SPM,PMR malah UPSR maka itu aku mudah dipilih dan diterima dalam pemuda UMNO Cawangan Bachang.
Seterusnya aku mula diterima pula apabila menang bertanding AJK Pemuda UMNO Bahagian yang pada ketika itu Ketua Pemudanya Datuk Asaari Ibrahim.
Aku dilantik pula oleh Ketua UMNO Cawangan Bachang yang pupuanku juga iaitu Datuk Hj Kasim sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Bachang.
Kemudian aku telah diterima pula menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bachang setelah Ketua Pemudaku Allahyarham saudaraku Mehat Samat berpindah ke cawangan baru UMNO Cawangan Bachang Darat.
Aku telah menjawat jawatan AJK Pemuda Bahagian Batu Berendam selama hampir 12 tahun di bawah Ketua Pemuda Dtk Asaari,Datuk Mustazah,Dtk Hasnoor dan Sdra Ramli. Setelah UMNO Bahagian Batu Berendam di pecahkan kepada UMNO Bahagian Bukit Katil dan UMNO Bahagian Tangga Batu,aku dipilih pula menjawat Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil  di bawah ketuanya Sdra Karim Yaakob.
Aku juga masih ingat di mana aku berucap di pentas Pemuda UMNO Malaysia mewakili Pemuda UMNO Negeri Melaka.
Seterusnya selepas aku habis zaman pemuda,aku terus mendapat kepercayaan untuk menjawat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil sehinggalah sekarang masuk dua penggal aku menjawatnya.
Kini sedar-sedar aku sudah hampir 25 tahun berkecimpung dalam UMNO dan aku harap setelah sekian lama dalam UMNO, aku tidak diketepikan begitu saja tanpa mengambil kira segala pengorbanan tenaga,harta dan masa selama ini. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi sepanjang aku berkecimpung dalam politik aku telah diberi amanah untuk menjawat jawatan pembantu luar JHEK Melaka bagi Dun Bachang selama 13 tahun. Seterusnya diberi kepercayaan menjawat jawatan Pengarah JASA Melaka sehingga kini hampir 6 tahun. Aku sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi agar aku akan terus mendapat kepercayaan kepimpinan dan berjaya di hari muka..Amin Ya Rabbal Alamin.

Feb 28, 2014

INSURAN BRIM 3.0

Insuran untuk kematian tanpa kemalangan trrima RM 1K.
Insuran mati kemalangan terima RM 30K.
Insiran kemalangan dan hilang upaya tetima RM 30K.
Mana ada dalam dunia...negara yang memberi insuran kepada rakyat yang berpendapatan rendah baeah RM 4000..
Kerajaan BN janji ditepati...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Feb 11, 2014

Maulidur rasul Wanita Dun Bachang

Rasulullah saw adalah rasul yang diturunkan Allah bagi memberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar melalui AlQuran yang lenuh mukjizat bagi manusua seluruh alam.

Rasullullah sentiasa menyeru kaumnya siang dan malam bagi bertauhid kepada Allah dengan penuh tawakal dan sabar serta penuh cekal kerana ketika itu adalah zaman jahiliyyah yang penuh dengan kegelapan,kejahilan,kerakusan dan keganasan.

Rasullullah telah mendidik dari semua aspek kehidupan yang penuh dengan pengajaran yang tidak terhingga nilainya di mana jika kita mengikutinya pasti akan beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat.

Marilah kita mengikut ciri-ciri kepimpinan Rasullullah dengan sifat pemimpin yang cemerlang dan berkeperibadian,seorang bapa yang pengasih dan suami bertanggungjawab serta sebagai hamba Allah yang sentiasa taat dan tunduk kepada Allah s.a.t...Amin...

Jan 19, 2014

Jangan Gadai Kalimah Allah.

--- --- Sent by WhatsApp

DAJJAL

Cinta Rasul

http://instagram.com/p/jVsnIhunHT/

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-Pemimpin yang berusaha mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
'Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera'

PERTAMA:
Kami namakan dan kami panggil akan dia bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

KEDUA:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung ganang,tasik dan hutan simpan,TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA:
Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan

KETUJUH
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
{Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)