Aug 16, 2011

Perpaduan Umat Islam

Firman Allah sat :

"Berpegang teguhlah dengan tali Allah jangan kamu bercerai-berai"


Sabda Rasullullah saw:

"Kaum Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu puak, manakala kaum Nasrani juga telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak . Maka umatku pula akan berpecahbelah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya di dalam neraka melainkan satu puak saja"


Sabda Rasullullah saw:

Jika umatku melakukan limabelas perkara berikut ini nescaya bala bencana akan menimpa mereka iaitu salah satu darinya :
" Jika orang suka bertengkar-tengkaran dalam masjid"
"Apabila orang yang rendah marwahnya menjadi ketua sesuatu kaum"
"Apabila orang memuliakan orang lain kerana tajutkan kejahatannya"
"Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama dan diagungkan"
"Apabila umat hari ini mengutuk umat sebelumnya"


Riwayat Imam Ahmad Hanbal bahawa Rasul bersabda:
"Hamba-hamba Allah yang jahat ialah mereka yang sentiasa membuat fitnah dan memecah-belahkan persaudaraan"


Riwayat Muslim bahawa Rasul bersabda:
"Orang Islam sesama Islam yang lain adalah bersaudara,tidak mengkhianati,membohongi dan membiarkan saudaranya"


Riwayat Abu Hurairah bahawa Rasul bersabda:
Terdapat lima hak orang Islam terhadap orang Islam yang lain.

"Bila engkau berjumpa maka ucapkan salam"
"Bila ia menjemputmu maka penuhilah hajatnya"
"Bila ia meminta nasihat padamu maka berilah nasihat kepadanya"
"Bila ia bersin menjawab Alhamdulillah maka doakan ia dengan Yarhamukallah"
"Bila ia mati maka hantarkanlah jenazahnya sampai ke liang lahat"


Al imam Al Laith bin Saad berkata:
" Cara memperbaiki negeri kita ialah ibarat pengaliran air Sungai Nil. Kebaikan urusan aliran hulu sungai adalah bermakna memperbaiki pemerintahan kerana dari hulu sungai datangnya kekeruhan sekiranya hulu sungai jernih,jernihlah air yang mengalir daripadanya."


Perpatah Melayu berkata :

"Buang yang keruh ambil yang jernih"
"Bersatu kita teguh bercerai kita roboh"


Dato Seri Dr Mahathir Mohamad berkata:

"Tidak ada manusia yang berhati batu hingga ia tidak sedikitpun mencintai tanah tumpah darahnya"


Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi berkata:

"Tidak ada usaha atau tindakan yang diambil boleh berjaya jika tidak ada perpaduan ,muafakat dan kerjasama di kalangan rakyat"


Perpatah Melayu berkata:

"Adat bersaudara, saudara dipertahankan"
"Adat berkampung, kampung dipertahankan"
"Adat bersuku, Suku dipertahankan"
"Adat bernegeri, negeri dipertahankan"


Perpatah Cina berkata:

"Manusia yang berjiwa besar bercakap sedikit tetapi benar"
"Manusia yang berjiwa kerdil bercakap banyak tetapi bohong"


Perpatah Jepun berkata:

"Perpaduan adalah kekuatan"


Perpatah Arab berkata:

"Jangan memusihi orang yang apabila berkata pasti dilakukannya"


Perpatah Inggeris berkata:

"Seorang sahabat yang ada semasa diperlukan itulah sebenar-benar sahabat"

Aug 13, 2011

RAMADHAN

Bulan Ramadan ialah bulan yang dinantikan oleh para pencipta akhirat. Amalan sunnah di bulan ramadan sangat dianjurkan iaitu :-
1) Menyegerakan berbuka puasa
2) Berdoa ketika berbuka
3) Makan sahur
4) Meninggalkan perkataan keji
5) Memberi makan kepada orang yang berpuasa
6) Tidak melakukan bekam
7) Meluaskan silaturahim dan banyakkan sedekah kepada orang miskin
8) Sibukkan diri dengan q
iamullail dan membaca al-quran serta zikir
9) Iktikaf di dalam masjid

Selamat Berpuasa