Sep 12, 2011

Kesyukuran

Firman Allah
Maksudnya : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur aku tambah nekmat atasmu jika kamu tidak bersyukor sesungguhnya azabku amat pedih"

Kemerdekaan yang kita kecapi hampir 54 tahun telah memberi kita nekmat kehidupan yang aman,makmur,dan harmoni di bumi bertuah ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik setelah kita dijajah hampir 446 tahun oleh kaum serani Portugis,Belanda dan Inggeris serta jepun malah komunis durjana.

Kaum Melayu merupakan kaum dominan yang beragama Islam menjadi tanggungjawab besar dalam memelihara keamanan dan kemakmuran di masa ini dan di masa mendatang. Walaupun kita mempunyai arah perjalanan yang berlainan tetapi halatujunya adalah sama demi beribadah dan tunduk kepada Allah s.a.t. di mukabumi ini sebelum kita bertemu di padang mahsyar.

Kita kesali terdapat kaum kita yang tidak memahami erti kesyukuran dan lebih-lebih lagi sanggup berkawan dengan syaitan dan kafir harbi tanpa memperdulikan martabat agama,bangsa dan negara yang hanya semata-mata mengejar kekuasaan di duniawi yang tiada
penghujungnya.

Manusia seumpama ini tidak mengira agama mahupun syariat akan melakukan perkara terkutuk dengan menyokong segala tindak tanduk kafir harbi kerana inginkan sokongan dari mereka untuk menang dalam PRU 13.

Oleh itu adalah menjadai tanggungjawab kita semua umat Islam perlulah berpadu dan bersatu demi agama,bangsa dan negara dengan menghalang manusia bersifat syaitan ini dari terus mempengaruhi dan berkuasa di bumi Allah ini.

1 comment:

  1. ejaan cam orang dolu2 hi hi hi, saje jer im d first...he he he kasi meriah

    ReplyDelete