Jul 24, 2009

Aku Cucu Hang Tuah

5000 tahun dahulu, bangsaku telah ada di sini,atas tanah tebing sungai, tak siapa yang peduli,
6000 tahun dahulu, di sini tempat ini,bangsaku telah membina, satu tamadun ,satu empayar, menjadi rebutan dunia,
5000 tahun dahulu, di sini di tempat ini, bangsaku pernah tersungkur,di tangan musuh yang datang jauh,
Bangsaku jatuh, bukan kerana musuh yang kuat, bukan kerana tiada pemimpin, bukan kerana tiada pahlawan,
tetapi kerana bangsaku, berebut kuasa sesama sendiri, hasad dan dengki, berpakat dengan musuh,
kerana ada janji pangkat, ada janji harta,
Tapi rupanya janji musuh kosong belaka, bangsaku hilang segalanya, yang diwarisi ialah rasa kecewa rendah diri,
mengenang zaman silam, yang hampar hilang dari alam,
55 tahun dahulu, 44 tahun dahulu, mujur ada anak muda bangsaku, bangun kembali
menuntut tanah ini,hingga penjajah mengaku kalah,
Bangsaku bangkit semula, kerana bangsaku bersatu kembali, diseluruh pelusuk kota desa,
4 tahun dahulu, penjajah datang lagi, membawa janji harta,
janji pangkat dan harta dunia, di samping menghina kita,
Ada yang tertipu, masuk jerat mereka, Tapi aku tetap berdiri di sini, bersama pemimpinku mempertahankan tanah tumpah darahku, tanah pusaka datukku, tanah pusaka nenekku, tanah pusaka moyangku
Akan ku lawan mereka, walau dari mana datangnya, Aku cucu Hang Tuah, Aku anak merdeka, Aku anak Malaysia, kesetiaanku pada negaraku, hanya darah yang boleh menggantikannya.....Merdeka.....Merdeka...Merdeka
.....
Dato Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam

No comments:

Post a Comment